Artikel disini diambil dari buku, laman2 lain.... jika ingin copy sila sertakan nama penulis terutama artikel/bahan bacaan yang diambil daripada buku... semoga penulis buku ini mendapat ganjaran yang baik dari Allah s.w.t... untuk kebaikan semua... (^_^)

Sabtu, 28 Januari 2012

Andai tiada syurga dan neraka

kali pertama aku terpandang buku nih... bagus jugak aku beli buku nih.... dgn baca buku leh tambah perasa dlm hati aku nih.... sekarang bila aku baca rasa terharu sgt...dlm ni byk citer kisah syurga dan neraka....

antara yg aku dpt dlm buku nih...

- Allah tengok usaha kita bukan menilai hasilnya
- Orang yg suka berangan - angan adalah teman syaitan
- Cita2 manusia itu luas bahkan lebih pjg drpd batas usianya sendiri - akal budinya mampu menembus  sekatan2 usianya


Syaikh Atha'illah as-Syakandary dlm kitabnya al-Hikam menyatakan, "Allah melapangkan hidupmu supaya engkau tidak selalu berada dalam kesempitan dan Allah menyempitkan hidupmu supaya engkau tdk hanyut dlm kelapangan. Allah juga melepaskan engkau daripada kedua-duanya supaya engkau tdk bergantung pd sesuatu selain Allah."

'Tidak ada dayaku mengelakkan sesuatu dan tidak ada kekuatanku melaksanakan sesuatu, kecuali dgn pertolongan Allah.'


bersambung....

Selasa, 8 November 2011

Jawapan - keikhlasan tuh mcm mana

sedikit ilmu dari halaqah TV9

bagaimana ikhlas.. ikhlas - mengenal diri, mengenal siapa pemilik kita...

bila kita ikhlas syaitan xmuleh kaco kita...sbb fokus kita hanya pada Allah

Langkah2 yg diberikan atau pun apa yg patut dibuat ialah..mempunyai wawasan dalam diri... buat sesuatu perkara semata-mata kerana Allah..


berkorban masa, harta, nyawa semata2 krn Allah

subhanallah...syukran Ya Allah..walaupun sedikit ia sudah memadai

sekian..note utk diri

Ahad, 7 Ogos 2011

Peringkat Zuhud (^_^)



Allah swt mengingatkan :-



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ

Ertinya : Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak tergelincir ke dalam sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa..." [Surah al-Hujurat, ayat 12]

akan datang...nak tido jap...ZZZZzzzzz

Selanjutnya Imam Ghazali membahagikan pula zuhud itu kepada tiga peringkat iaitu :

1. Zuhud orang yang mubtadi, iaitu orang yang baru memasuki makrifat Allah. Hati dan seluruh hidupnya masih tebal dengan perasaan kasihkan dunia, tetapi dia cuba bersungguh-sungguh melawan perasaan hatinya itu supaya dapat melakukan ibadat kepada Allah.

2. Zuhud bagi orang yang pertengahan, kurang sedikit kasihnya terhadap dunia. Walaupun terasa di hatinya bahawa dunia adalah hina dan akhirat lebih baik daripada itu, namun dia belum dapat melupakannya sama sekali dan hatinya masih lagi terpaut kepada apa yang ditinggalkannya itu. Peringkat ini lebih baik sedikit daripada peringkat pertama tadi.

3. Zuhud orang yang muntaha, hatinya tidak lagi terpaut dan terpikat dengan keindahan dunia. Kasihnya hanya terus kepada akhirat. Kemurniaan akhirat telah memancar ibarat bintang yang sedang menyinari seluruh hidupnya.

Inilah peringkat yang paling tinggi di antara peringkat-peringkat zuhud, kerana hatinya tidak lagi berpusatkan kepada dunia. Kasih dan cintanya semata-mata menuju kepada akhirat, segala tindak tanduknya adalah berlunaskan takwa dan ingin berbakti kepada Allah. Bahkan lebih daripada itu terus meningkat ke makam yang paling tinggi lagi iaitu hatinya tidak ada rasa kasih walaupun sebesar atom terhadap sesuatu melainkan hanya kepada Allah. Hidup dan matinya adalah semuanya terserah kepada Allah.

Oleh itu, memang wajar bahawa zuhud menjadi sifat Rasulullah dan para sahabat serta pejuang-pejuang Allah. Mereka memisahkan diri daripada menikmati keseronokan hidup dan kelazatan kebendaan dunia. Setiap detik dan waktu tenggelam di dalam ibadat kepada Allah, hidup mereka terkenal zuhud dan taqasyuf. Malamnya dihidupkandengan solat dan bertaqarub kepada Allah sementara siang harinya berpuasa dan melakukan tugas serta kewajipan masing-masing. kadangkala ada di antara mereka sampai menggantungkan anak-anak batu di perut lantaran melatih diri supaya tahan merentasi perjuangan hidup dunia serta memupukkan hati agar sentiasa ingat dan tidak lupa walaupun sesaat kepada Allah s.w.t.

Di samping itu mereka juga terkenal sebagai ahli politik pakar ekonomi dan saudagar serta usahawan yang besar dan terkenal yang sukar ditandingi seperti Abu Bakar As-Siddiq, Umar bin Al-Khattab, Othman bin Affan, Ali bin Abu Talib, Abdul Rahman bin Auf dan Zaid bin Thabit. Walaupun mereka bergelut dengan tugas tetapi hati mereka tidak pernah luput mengingati Allah, malah mereka sanggup berkorban apa saja ysng ada pada mereka.

Bagi mereka hidup di dunia ini sebagai wasilah untuk menuju ke akhirat, tempat berjuang dan berbakti serta tempat berjuang dan berbakti serta tempat penilaian perjuangan seseorang hamba Allah. Segala wadah perjuangan mereka itulah akan dipersembahkan kehadrat ilahi dengan penuh kerelaan. Setiap inci tubuh dan jiwa mereka serta harta milik mereka merupakan pinjaman dan amanah daripada Allah. Mereka tidak pernah terpikat dan terpesona dengan keindahan dunia, malahan hati mereka tetap mengingati Allah meskipun di tengah-tengah kesibukan tugas kerana tugas itu adalah ibadat kepada Allah s.w.t.

Islam bukan sahaja memandang zuhud sebagai sifat yang mulia bahkan juga menempatkannya di makam yang tinggi. Ia merupakan batu asas bagi mengimbangkan manusia supaya hati sentiasa mengarah kepada Allah dan jasmani dapat menghadapi perjuangan hidup yang penuh bergelora ini dengan baik dan tenang.

Dengan sifat zuhud inilah seseorang itu dapat menilai sejauh mana harga dunia ini dan betapa tingginya mutu akhirat. Orang islam memandang dunia bukan seperti dilihat oleh orang kafir. Dunia mengikut kaca mata orang kafir sebagai matlamat awal dan terakhir. Akhirat tidak ada langsung dalam perhitungan bahkan mereka lupa dan mengingkari-Nya. Bagi orang mukmin, dunia adalah penting kerana di sinilah tempat penilaian keimanan seseorang manusia. Jika mereka berjaya menghayati dunia ini dengan baik sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah, bererti mereka telah berjaya di akhirat nanti. Sebaliknya jika mereka gagal memakmurkan dunia ini mengikut apa yang diarahkan oleh Allah, bermakna mereka juga telah gagal di akhirat.


Inilah sikap orang mukmin dan sifat pejuang Islam yang tidak saja inginkan kebahagiaan hidup di akhirat, malahan juga dapat menikmati kesenangan hidup di dunia. Cuma mereka inginkan akhirat sebagai membenarkan janji Allah dan dalam masa yang sama mereka sedar bahawa dunia haruslah dihayati dengan iman dan zikrullah.

Rasulullah s.a.w pernah berpesan , "Zuhudlah kamu di dunia nescaya dikasihi Allah, dan zuhudlah kamu daripada apa yang ada pada tangan manusia, nescaya manusia mencintaimu dan kiranya Allah s.w.t jadikan dunia ini sebagai pembalasan kepada orang mukmin, nescaya dia tidak izinkan orang kafir meminum walaupun seteguk air."

Setiap muslim tidak boleh hidup di dunia ini tanpa mempunyai sikap dan tujuan. Tujuan atau matlamat hidup itu pula tidak sah kiranya berbentuk duniawi, sebaliknya dunia sebagai tempat melaksanakan tujuan tersebut iaitu:

1. Menegakkan negara Islam dan sanggup mempertahankannya.
2. Mengembangkan syariat Allah.
3. Menghidupkan sunnah Rasulullah.
4. Menyatukan seluruh hamba Allah di muka bumi ini.
5. Berjihad fi sabilillah serta mengarahkan dunia supaya tunduk dan patuh kepada Allah.

Umat Islam tidak boleh hidup tanpa negara sendiri. Syariat Allah tidak akan berkembang kiranya ketandusan pemimpin yang sanggup berjuang. Begitu juga agama Allah tidak akan tersebar di alam jagat ini tanpa darah pejuang dan mujahid. Mereka inilah dinamakan para zahidun yang sanggup mati dan rela berkorban , daripada Allah dan kepada Allah tempat persemadiannya.

Syarat-syarat zuhud

Imam Al-Ghazali rahimahullah telah mengariskan bahawa zuhud itu terdiri daripada tiga unsur : Tanpa ketiga-tiga unsur ini tidak dinamakan zuhud iaitu:

a) Ilmu, iaitu mengetahui bahawa sesuatu yang ditinggalkan di dunia ini lebih hina daripada apa yang bakal ditujunya di akhirat. Ibarat tahunya seorang peniaga bahawa benda yang hendak dijual kepadanya itu lebih mahal dan bernilai daripada apa yang sudah dibelinya, sudah tentu dia gemarkan kepada benda tersebut. Begitulah seterusnya kerana mahalnya harga akhirat yang hendak dijual kepadanya itu lebih baik daripada dunia yang dibelinya.



b) Hal, yakni menanamkan sifat zuhud di dalam hatinya, tidak sukakan dunia dan gemarkan akhirat. Ia merupakan buah yang keluar daripada pokok ilmu tersebut.

Firman allah :

"sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan), bahawa mereka akan beroleh syurga."                                       
                                                                                                                         (At-Taubah : 111)


Orang mukmin yang dikira sebagai pejuang Allah bersungguh-sungguh menyerahkan dirinya kepada Allah zahir dan batin serta rela berkorban harta benda ke jalan Allah, baik berupa zakat, sedekah ataupun berbentuk sumbangan kepada kebajikan umum. Ini kerana, mereka telah pun menjual diri dan harta mereka dengan sepenuh hati kepada Allah. Syarat jual beli itu biasanya menyerahkan sesuatu yang dijualnya kepada pembeli . Keadaan sedemikian samalah dengan meninggalkan kasih kepada dunia atau membencinya tetapi mencintai akhirat. itulah buah kecil daripada  pokok tersebut.


c) Amal, dengan erti bertindak meninggalkan dunia yang hina ini dan menumpukan diri kepada ibadat serta melibatkan diri dengan kerja-kerja amal kebajikan di samping menghalakan ibadat kepada Allah s.w.t. sepenuh hati. amal ini adalah hasil daripada hal atau keadaan memakan buah pokok tadi.

Dengan amal ini seseorang itu meninggalkan yang kurang baik dan mengambil yang lebih baik iaitu akhirat
dan segala rahsianya. Lahir dari hatinya perasaan bencikan dunia dan cintakan Allah. Seluruh anggota sama ada kaki, tangan, mata, kepala, semuanya patuh dan tunduk melakukan segala perintah Allah serta rela berkorban demi untuk menegakkan kalimahnya.


Sabtu, 6 Ogos 2011

Zuhud


Zuhud adalah amalan Rasulullah, Sifat para sahabat dan senjata tulen bagi setiap pelopor dan tentera-tentera pejuang islam dalam rangka menegakkan kalimah Allah dan menyebarkansyiar-Nya di muka bumi ini.

1. Pengertiannya

Para ulama islam telah menggariskan takrif zuhud sebagai berikut:

a. Sayyid Muhibudin Al-khatib menyatakan bahawa zuhud adalah meninggalkan apa yang tidak perlu, rela berkorban baik jiwa ataupun harta benda demi kemaslahatan umum dan kepentingan masyarakat atau untuk menegak dan meninggikan kalimah Allah.

b. Doktor Hasan Muhamad Al-Syarqawi menyatakan zuhud ialah meninggalkan sesuatu dan tidak gemar kepadanya.

c. Al-Junaid pula menyatakan zuhud ialah kosong tangan daripada memiliki dan sunyi daripada ingatkan sesuatu. Ini bermaksud seseorang yang terkenal dengan pemurah dan ahli dermawan serta rela berkorban apa yang dimiliki disamping hatinya tidak ingin kepada harta atau sesuatu yang ada pada orang lain.

d. Syeikh Ibrahim Ad-Dusuki berkata zuhud adalah sabar dalam mengatur urusan hidup.

e. al-Ghazali pula membahagikan zuhud itu kepada dua pengertian iaitu:

   1. Dari segi bahasa zuhud bererti berpaling hati daripada gemarkan sesuatu kepada mencintai yang
       lebih baik.

   2. Dari istilah pula bermaksud ibarat berpaling hati daripada cintakan dunia kepada mencintai akhirat
       dan menumpukan sepenuh cintanya kepada Allah.

Berdasarkan kepada definisi ini dapatlah disimpulkan bahawa zuhud adalah sifat hamba Allah yang tubuhnya tinggal di bumi dan hatinyaa tetap disisi Allah. Mereka orang yang berjaya mengendali urusan hidup dengan baik dan mampu merentasi gelombangnya dengan tenang dan mempunyai sifat rela berkorban, sanggup mati demi menegakkan dan mempertahankan agama Allah.

Zuhud bukanlah bererti menjauhkan diri daripada masyarakat, lari daripada masyarakat, lari daripada tugas dan tanggungjawab serta membiarkan agama dan bangsa serta negara dicabul musuh. Zuhud ialah orang yang rela berkorban baik diri ataupun harta benda demi menegakkan kalimat Allah dan menuntut keredhaannya serta sabar dan tabah mengharungi pancaroba hidup ini lantaran inginkan ganjaran pahala daripada Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

"Zuhud itu mengharamkan perkara yang halal dan mensia-siakan harta tetapi sebaliknya orang yang zuhud itu adalah mereka yang cintakan apa yang ada di sisi Allah lebih daripada apa yang mereka miliki, juga mereka yang inginkan pahala terhadap sesuatu ujian atau cubaan keatas diri atau apa yang ada pada mereka"

Begitu juga tidaklah dinamakan zuhud orang yang memakai pakaian lusuh, berjalan tunduk ke bawah serta memisahkan hidup daripada kesibukan masyarakat dan mulutnya sentiasa mengalunkan zikir-zikir dan doa-doa tertentu.

Orang yang zuhud itu, sebaliknya adalahmereka yang beriman kepada Allah, berjuang di tengah-tengah gelanggang masyarakat, menjadi pemimpin agung, berani mati menegakkan kebenaran serta tidak gentar terhadap sebarang petualang yang mencabarnya. Mereka rela berkorban walau apa saja yang ada pada diri mereka sedangkan hati mereka tidak lupa sedikitpun kepada Allah.

Saidatina Aisyah r.a menggambarkan kezuhudan umar Umar Al-Khattab sebagai seorang yang cepat ketika berjalan, bercakap dengan suara yang jelas dan terang, serta terjun dalam medan pertempuran dengan hebat dan tangkas.

Sebenarnya pengertian zuhud dan taqashuf yang semata-mata memusatkan kepada pengasingan diri, mempunyai corak pakaian dan mengamalkan wirid serta zikir tertentu adalah bermula pada abad yang ke 7 Hijrah. Apabila masuknya tasawuf kepada orang yang bukan ahlinya, ajaran tersebut telah disalah gunakan. Mereka berlagak dengan warak dan taat, menonjol sifat-sifat zuhud dan taqashuf yang dibuat-buat. Segala konsep dan ajaran tasawuf itu diertikan dalam skop yang lebih sempit dan berpusing di sekitar wirid dan zikir sahaja.

Mereka melihat dunia ini sebagai bangkai yang busuk dan orang yang menikmatinya adalah anjing. Segala nikmat Allah yang dikurniakan untuk hamba-Nya tidak dirasainya, bahkan mereka suka menyeksa tubuh dan rela menghadapi kesusahan hidup dengan harapan itulah benar-benar orang yang beriman.


sambungan akan datang ... syarat2 zuhud

buku ini diterbitkan oleh Al-hidayah Publication dan diedar oleh Ar-Risalah Product S/B


Jumaat, 5 Ogos 2011

Cintakan mati

Wahai saudaraku, nasihat demi Allah tidak memberi manfaat bagimu dan peristiwa2 tidak mencegahmu, zaman tidak akan membiarkan engkau dan seruan maut tidak mengetuk pendengaranmu, seolah-olah engkau wahai miskin berterusan hidup dan seolah-olah engkau tidak kembali, lupa dan kehilangan.

kesabaranku hilang dan layak bagiku meratapi, dosa-dosa tidak membiarkan hatiyang sihat bagiku.
Adakah diciptakan jiwaku untuk meninggalkan maksiat, dan kami melalui ketuaan dengan keaiban nyata.

Setiap kali aku mengatakan telah sembuh luka hatiku, dosa2 kembali melukai hatiku.

Namun kejayaan dan kenikmatan bagi hamba, datang pada hari kebangkitan aman tenteram.

Dan tatkala hatiku keras dan perjalananku sempit, aku menjadikan harapanku tangga untuk mencapai keampunanmu

Aku memandang besar dosaku maka tatkala aku membandingkannya, dengan keampunaanmu tuhanku maka keampunanmu lebih besar.

Maka engkau sentiasa mengampunkan dosa engkau sentiasa, memberi dan mengampunkan sebagai kurnia dan kemuliaan.

Maka sekiranya bukan engkau seorang abid tidak selamat dari iblis, dan bagaimana sedangkan ia telah mempedaya pilihanmu Adam.

Ingatlah berdirilah di pintu ketika datang musibah, dan percayalah denganku engkau mendapatiku sebaik2 teman dan sahabat.

Dan jangan engkau menoleh kepada selainku lalu engkau menyesal dan sesiapa yang menoleh kepada selainku dia hidup dengan kehidupan hampa.

Al- baqarah : 152

kejatuhanmu dalam hawa nafsu manis bagiku, dan kecamanku apa yang ada baginya dan bukan bagiku.

Ia mencelaku jahil dalam kerinduan dan setiap kali ia mencelaku manis bagiku.

mereka berkata: engkau berhibur, aku berkata: sesekali tidak, wahai kaum adakah seumpama aku berhibur.

mereka berkata: engkau rindu, aku berkata; selamat datang, sungguh aku rindu aku tidak peduli

An-nur : 37

Al-Ahzaab :23

Yasin : 20

Az-zumar : 23

Al-maidah : 54

Sesungguhnya mengingati kekasih menyalakan  hatiku
kemudian mencintai kekasih melupakan akalku

Ingatlah, tempuhlah jalan menuju kepada Tuhan, dan janganlah engkau mencari petunjuk selain takwa.

Berjalanlah padanya dengan sungguh2 dan penuh semangat, engkau akan mendapati padanya keluasan dan kelapangan.

Jangan engkau lalai dengan dunia dan berpalinglah, kepada tuhanmu dan jadikanlah dia sebagai wakil

Jika engkau suka kemuliaan dengan kemuliaan yang berterusan maka jadilah hamba yang hina.

bergaullah dengan orang yang kembali padanya dan putuskanlah hubungan dengan orang yang berlebih-lebihan nescaya engkau terhormat.

Jangan engkau rosakkan masa mudamudan rebutlah ia dan bayangkanlah akan kepergian dihadapanmu.

Jangan engkau berhubung dengan dunia dan tinggalkanlah anak-anaknya, atas tingkatan mereka dengan cara yang baik

beramallah kepada Allah di kalangan mereka dengan jujur, nescaya dia meletakkan penerimaan bagimu dalam hati mereka.

Lautan ada 4 jenis, Yakni : Hawa (nafsu) adalah lautan dosa ; nafsu adalah lautan syahwat; maut adalah lautan umur ; dan kubur adalah lautan penyesalan (Umar bin khaththab r.a)